Have an account?

Saturday, December 26, 2009

Eksplorasi Media


Pada 10 Disember 2009, Biro Penerbitan dan Informasi KHAR telah mengadakan satu lawatan ke NSTP (Berita Harian) di Shah Alam dan juga TV3 di Damansara Utama. Lawatan ini disertai 40 orang peserta iaitu JMK Kolej, Rexco Penerbitan dan Informasi, felo Pn. Norliaya bt Aris dan juga pengetua KHAR; Prof. Madya Dr. Ahmad Zaidi bin Johari dan penasihat biro iaitu En. Ghazali bin Din. Bertolak dari KHAR sekitar jam 8 pagi dan tiba di NSTP Berita Harian dalam jam 9.50 pagi. Setiba kami di NSTP Berita Harian, kami diberikan taklimat oleh En. Abdul Kadir. Setelah itu kami dibawa melawat sekitar kilang memproses akhbar tersebut. Lawatan kami berakhir kira-kira pada jam 11.30 tengahari. Antara babak-babak menarik yang dapat dirakamkan yang sempat dirakamkan seperti di bawah :

Antara peserta dalam Eksplorasi Media NSTP & TV3

En. Abdul Kadir memberikan sedikit taklimat sebelum membawa kami melawat kawasan kilang

Penyelia di kilang NSTP ini memberikan penerangan mengenai proses penghasilan surat khabar.

Peserta memberikan perhatian kepada penerangan yang diberikan.

Melawat di kawasan kawalan memproses surat khabar.

Sesi bergambar di hadapan NSTP Shah Alam

Selepas itu lebih kurang dalam jam 3.oo petang kami telah tiba di TV3, kami kemudiannya sebelum dibawa melawat TV3, kami diberi taklimat terlebih dahulu oleh En. Damien dan En. Johari. Antara babak-babak menarik yang dapat dirakamkan di sini adalah seperti di bawah :

En. Damien dan En. Johari memberikan taklimat kepada peserta

Peserta diberi peluang untuk menjadi "pembaca berita olok-olok"

Peserta tidak melepaskan peluang bergambar di studio Buletin Utama

Studio Buletin Utama.

Bergambar di hadapan Sri Pentas TV3.

0 comments: