Have an account?

Sunday, January 17, 2010

KHAR Sport Challenge

KHAR Sport Challange 2009 (KSC'09) telah diadakan pada 25 Julai, 10 dan 11 November 2009 di Kolej Harun Aminurrashid dan Kampus UPSI. Program ini adalah anjuran Biro Sukan dan Rekreasi KHAR. Sukan Dan Permainan KSC’09 (Khar Sport Challenge 2009) atau juga dahulunya dikenali sebagai “Super Khar” merupakan program tahunan Kolej Harun Aminurrashid untuk kali yang empat. Program ini dijalankan dengan tujuan untuk mencari bakat-bakat dari aspek kesukanan untuk mewakili kolej dalam Temasya Sukan Tahunan (TEST) antara kolej-kolej pada semester hadapan. Selain itu, program ini juga dapat meningkatkan semangat kesukanan dalam diri para penghuni Kolej Harun Aminurrashid. Akhir sekali, program ini diharapkan dapat memupuk semangat kerjasama yang tinggi dalam melakukan apa jua tugasan yang diberikan. Pada mulanya program ini sepatutnya berlangsung sepanjang 25 Julai hingga 9 Ogos 2009 tetapi program ini terpaksa ditangguhkan sehingga 11 Oktober 2009 disebabkan oleh H1N1 serta beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Hal ini telah menyebabkan program ini terpaksa diberhentikan sementara dan menyukarkan untuk kami memilih tarikh yang sesuai, tambahan lagi bertembung dengan bulan ramadhan dan cuti bulan syawal.


Pertandingan Bola Baling yang diadakan di kampus mendapat sambutan yang hangat


Peserta KSC bergambar kenangan


Bola Jaring antara pertandingan yang dipertandingkan mendapat penyertaan dari berbagai kelab dan persatuan


Futsal yang berlangsung di kampus


Antara peserta KSC


Pemain bola sepak bergambar selepas perlawanan di padang sekolah Ladang Escort


Bola baling menunjukkan persaingan yang sengit


Pertandingan sepaktakraw berlangsung di gelanggang KHAR


Antar urusetia pertandingan yang terlibat dalam KSC


Malam penyampaian hadiah KSC


Felo KHAR menyarungkan medal kepada pemenang

0 comments: