Have an account?

Wednesday, March 3, 2010

Mega Indoor Games Challenge (MIGHALL)

MIGHALL telah berlangsung di KHAR pada 27 dan 28 Febuari 2010. Program ini adalah anjuran Biro Sukan dan Rekreasi dengan kerjasama Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid. Sukan Dan Permainan Mega Indoorgame Challenge 2010 (MIGHALL ’10) ini merupakan kesinambungan daripada program KHAR Sports Challenge 2009 (KSC’09) yang dianjurkan oleh Biro Sukan dan Rekreasi dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Mahasiswa Kolej, Kolej Harun Aminurrashid. Tujuan utama penganjuran program ini adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan mahasiswa/i untuk bertanding dalam aktiviti sukan terutamanya sukan indoorgame yang dijalankan. Di samping itu, program ini juga dapat mewujudkan persaingan yang sihat dalam bidang sukan dan permainan antara mahasiswa/i Universiti Pendidikan Sultan Idris. Selain itu, pelaksanaan program ini bertujuan melahirkan golongan mahasiswa/i terutamanya penghuni Kolej Harun Aminurrashid yang berkeperibadian tinggi dan mampu menjalankan aktiviti besar di peringkat universiti malah sekaligus ke peringkat kebangsaan.

Peserta snooker menunjukkan kehandalan


Peserta pertandingan karom


Pertandingan Sahibba


Target shooting


Peserta catur sedang memikirkan strategi untuk mengalahkan pihak lawan


Sampai pening-pening peserta pertandingan catur ini memikirkan strategi


Peminat sukan snooker tidak ketinggalan menyertai sukan itu dalam MIGHALL ini


Dam kini turut disertai oleh golongan hawa


Sukan tradisional seperti congkak tidak ketinggalan dipertandingkan

0 comments: