Have an account?

Saturday, December 26, 2009

Sport and Recreation Intro Camp

Pada tanggal 14 - 16 Disember 2009 yang lalu, Biro Sukan dan Rekreasi dengan kerjasama Jawatankuasa Mahasiswa Kolej KHAR telah berjaya menjalani Sport and Recreation Intro Camp yang diadakan selama 3 hari 2 malam di Kem Nur Lembah Lenggong, Perak. Peserta yang terlibat adalah REXCO Biro Sukan dan Rekreasi itu sendiri dan juga barisan JMK diiringi felo dan pihak pengurusan kolej. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Flying Fox, Berakit, River Crossing, Treasure Hunt, Malam Ria Rimba (Tema SIRC adalah berkaitan alam).

Pengalaman berharga yang diperoleh para peserta seperti memasak sendiri makanan, memasang khemah, bekerjasama dalam satu pasukan, serta keyakinan yang tinggi dalam melakukan sesuatu perkara. Antara babak menarik yang dapat dirakamkan sepanjang program ini berlangsung seperti di bawah :

Peserta memasang khemah sendiri


Para peserta memasang khemah


YDP JMK KHAR mencuba Flying fox


River crossing di laluan Sungai Perak ini amat mencabar sampaikan ada yang hampir lemas


Malam Ria Rimba


Instruktor memberikan penerangan cara memasang rakit


Para peserta memasang rakit secara berkumpulan


Keceriaan tergambar di wajah peserta SRIC.


Peserta serta AJK SRIC.

1 comments:

Alyna_deHearty said...

Semoga bakal2 jmk sidg akan datang dapat melakukan aktiviti rekreasi yang lebih menarik dan dapat melibatkan penghuni KHAR pula...All da Best!!!